Ulam A. A. Widarta |
Buah hati masih tak mengerti
Berapa peluh ibu jatuh
Agar anak tetap bernapas
Langit masih gelap
Kau telah di tempat
Tertutup lalang tinggi menjulang
Kau duduk, hilang pandang
Anakmu tidur di buaian
Dalam seikat kain panjang
Berayun di muka pintu
Mertua menunggu cucu
Pulang lah mak,
Ayam sahaja tahu
Langit dah gelap
Pulanglah mak,
Anakmu rindu
Didekapmu, kecup sayangmu
Mamak pulang
Jerit buah hati di pinggir jendela
Menatap ibu, di jalan setapak
Lompat lompat ia girang
Ulam segenggam
Beras seperempat cupak
Upahmu pagi hingga petang
Palembang, 20 februari 2018