Kepiat

kepiat
a. a. widarta



Seringkali,
Hingga bening santan diperas
Gumpal kepiat tinggal lah ampas
Di hempas ke atas perapian
Hangus, hilang guna

Jika hanya mau santannya sahaja,
Mengapa kerambil kau buai-buai
Jika hendak untungnya sahaja,
Mengapa seolah terima seutuhnya

Kepiat masihlah berguna
Nalarmu sahaja tak sampai sana

Palembang, 16 Februari 2018